Wednesday, January 19, 2011

Sunday, January 9, 2011

SENI KREATIF ORIGAMI

Masih ingatkah anda pada seni melipat kertas Origami? Origami adalah kesenian dalam melipat suatu kertas menjadi sebuah bentuk yang beranekaragam. Di bawah ini adalah beberapa contoh bentuk – bentuk origami:

Bunga

Gajah

Labah-labah

Ntah nama ape aku x ingat...

Ni... Naga

Ni.. plak kambing gurun kot..

KREATIVITI

KREATIVITI
Kreativiti  merupakan anugerah tuhan kepada semua tetapi kita  abaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya.Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang  biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu berfikiran kreatif? Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau (maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri  dan minda seseorang untuk menerima maklumat. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern
of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.

KEMAHIRAN MENGHASILKAN PENTAS TEATER YANG KREATIF


Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang unik, asli, berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif. Kecergasan kreatif mengandungi empat gaya iaitu inovatif, imaginatif, intuitif, dan ilham bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah karya seni. Berhubung perkara ini, maka penyelidik dan juga sebagai pensyarah, telah melakukan penelitian terhadap pelajar-pelajar di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang telah mengambil kursus-kursus dalam Rekaan Set dan Prop, Seni Visual Dalam Teater dan Komunikasi Visual.

Objektif penelitian kualitatif ini untuk mengenalpasti perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri bagi menghasilkan sesuatu rekaan dan binaan set dalam sesebuah pementasan teater. Kegiatan mereka dan membina set ini merangkumi penerokaan terhadap unsur seni dan prinsip rekaan serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya untuk menghasil model-model yang terbaik untuk sesebuah produksi teater. Latihan dalam studio yang melibatkan rekaan dan binaan set turut memperkenalkan pelbagai teknik dan kemahiran membina model set yang kreatif serta menarik bila dipersembahkannya. Kesedaran melalui pemerhatian alam dan persekitaran menjadi fokus kegiatan menghasilkan rekaan dan binaan set yang kreatif. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual pelajar dan kesedaran terhadap asas senireka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan pelajar menyelaras apa yang dilihat dan dialami seterusnya digunakan dalam proses rekaan dan binaan model set untuk pementasan teater.

Kesimpulan hasil dari penelitian, penyelidik mendapati kemahiran menjana idea secara kreatif dan inovasi bagi penghasilan rekaan dan binaan set teater mempunyai pertalian yang penting dengan teknik dan sumber bahan yang digunakan. Perkaitan ini dapat dibahagikan kepada empat disiplin utama. Empat disiplin tersebut harus dijadikan teras bagi kemahiran menjana idea secara kreatif dan inovasi. Empat disiplin tersebut termasuklah pemahaman visual, latihan yang berkaitan unsur seni dan prinsip rekaan, kefahaman dalam organisasi rekaan, kajian teori dan analisis yang berkaitan dengan aspek visual set pementasan dan seni persembahan teater secara keseluruhan.


Pelajar sedang melakukan eksperimentasi penggunaan bahan-bahan dari kotak 
terbuang untuk dijadikanmodel pentas teater

TAHAP DALAM PEMIKIRAN KREATIF

Perkembangan Kreativiti Fisher (1943)

5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif;

Peringkat Rangsangan – beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu
Peringkat Penerokaan – pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.
Peringkat Perancangan – melalui perancangan secara verbal & visual
Peringkat aktiviti – lakukan tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut
Kajian Semula – membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan - untuk tujuan penambahbaikan

TOKOH SENI VISUAL DALAM KREATIVITI

Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti). Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.

2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.


E Paul Torrance (Father of Creativity)