Wednesday, March 9, 2011

DEFINISI KREATIVITI


Jika dilihat dari aspek saintifik, kreativiti adalah penggunaan hemisfera otak kanan (HOKA) yang berfungsi untuk menjana kreativiti, sintesis, global, bentuk corak, pola, ruang, lukisan, rentak, muzik, imej, visual dan gambar imaginasi ( Shukri Zain. 2007:152) terdapat 4 kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana dan menghasilkan idea, mencipta metafora, mendipta analogi dan mencipta definisi. Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada setiap insan yang berada di atas muka bumi ini namun kita selalu mengabaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu berfikiran kreatif? Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat.

Dari sudut pandangan seni visual pula, kreativiti dalam seni adalah satu perbuatan berfikir yang kreatif dan bernas tentang sesuatu idea untuk menghasilkan sesuatu dengan memikirkan aspek – aspek permasalahan yang akan muncul dan memikirkan penyelesaian masalah tersebut.

Beberapa tokoh dalam disipilin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi yang diberikan adalah:

“... diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.”
(Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

“... sebagai satu pemikiran dalam hidup”
(Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

“proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman seharian yang membwa perbaikan – pertumbuhan diri.”
(Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

“... satu proses yang seseorang itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu; menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.”
(Boon dan Ragbir, 1998)

“...melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum difikirkan oleh orang lain.”
(Torrance, 1974)

“Creativity is the connecting and rearranging of knowledge-in the minds of people who will allow themselves to think flexibly-to generate new, often surprisingly ideas that others judge to be useful.”
(Plesk, 1997 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

“kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia mencipta sesuatu baginya.”
(Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

No comments:

Post a Comment